KLICK DI SINI KALAU ANDA BLOGGER

Tuesday, 31 January 2012

NUMAN HAFIZI BIN NIZAM

JOM LAYAN GAMBAR TERBARU SI KECIK NIE....


SAYA NU'MAN HAFIZI BIN NIZAM.....UMUR SAYA SETAHUN SEBULAN...HENSEM X SAYA??





Sunday, 29 January 2012

BREAKFAST @ MCD TELUK CEMPEDAK, KUANTAN

Baru-baru kami breakfast kat McD Teluk Cempedak...request dari abang Nu'man nak makan...so samapilah kami kat McD nie...Jom layan...Zasss.....:-)




ASAM LAKSA/LAKSA UTARA

Resipi ini di ambil dr AZLITA AZIZ blog Masam Manis (fromintankitchen.blogspot.com)

Thanks sbb sharing...alhmdulilah...jadi..:-)


BAHAN-BAHANYA

1 bungkus laksa - direbus
1 kg ikan kembung - disiang dan dicuci bersih
5 biji cili merah - dibuang biji dan dikisar
15 biji cili kering - dikisar
2 cm belacan - dikisar
5 ulas bawang merah - dikisar
5 keping asam gelugur
1 batang bunga kantan
1 tangkai daun kesum
garam secukup rasa

BAHAN ULAM-ULAMAN

1/2 biji nenas diracik halus
1 pokok salad dimayang halus
1 biji timun dihiris halus
limau nipis
1 labu bawang besar dihiris halus
cili padi di potong kecil-kecil
1 ikat daun selum
1 batang bunga kantan
3 biji telur rebus

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Rebus ikan dan ambik isinya. Isi ikan tadi dihancurkan kasar-kasar sahaja. Ambil tulang ikan bersama air rebusan ikan tadi dan kisar halus. Kemudian ianya ditapis untuk diambil airnya sahaja. Air itu digunkana untuk diksar bersama-sama dengan bahan kisar.
2.Masukkan air rebusan ikan dan isi ikan ke dalam periuk. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar, asam gelugur dan daun kesum.
3. Masak atau rebus bahan ini hingga kuah mendidih.Masukkan garam secukup rasa.
4. Biar sehingga kuah merenih dan bolehlah dihidangkan bersama-sama bahan-bahan ulam-ulaman...


Alhamdulilah hubby dengan anak-anak makan banyak juga hari tu...memjadi...terbaik..:-)

Wednesday, 25 January 2012

MAKAN CENDOL HAMEED KAT PEKAN, PAHANG...

CUTI RAYA CINA BARU-BARU NIE KAMI SATU FAMILY X BALIK KAMPUNG...CUTI 4 HARI SAJA...PERGI BALIK KEDAH AJE PERJALANAN DH MAKAN 2 HARI...MANA BEST DOK KAMPUNG 2 HARI...SO AKU DGN HUBBY DECIDE CNY KALI NIE KAMI DOK KT KUANTAN AJELAH...

SEMPATLAH KAMI MAKAN KENDURI BAPA ANGKAT HUBBY AKU KT PEKAN DULU...LEPAS KENDURI RONDA-RONDA PEKAN  SAMBIL CENDOL HAMEED...JOM LAYAN:-)

                                                    Gerai Cendol Hameed, Pekan


                                                             Kak Nurin asyik buat peace aje

Abg Numan dgn Mee Rojak


My Hubby
Kak Nurin berposing

Hubby dengan Fizi
Fizi tengok Abang Numan makan
Aku, Abg Numan, Kak Nurin dan Fizi
Abg Numan pulun makan..

My Princess..Nurin Hazira binti Nizam

Aku dgn Numan Hafizi

Thursday, 19 January 2012

JALAN-JALAN KAT BENTENG, KUANTAN....:-)

Gambar nie masa jalan-jalan kat Benteng...hari sabtu 2 minggu lps....jom layan....

                                                            Numan dan Nurin
                                                               Aku dgn Hafizi
                                                               Abang Numan
                                                                 Kakak Nurin
                                                         Kakak Nurin

MY 2ND GIVEAWAY.....:-)

TERASA PLAK NIE JOIN  GIVEAWAY HARI NIE...KLICK...http://ibnunaeem.blogspot.com/2012/01/my-2nd-giveaway.html


Wednesday, 18 January 2012

Krisis lelaki pertengahan usia - 40 tahun ke atas!

PERUBAHAAN FIZIKAL, SEKSUAL MULA DIRASAI PADA USIA 40 TAHUN

LELAKI dalam lingkungan usia 41 ke 60 tahun kerap dikaitkan dengan krisis pertengahan usia. Walaupun mungkin ada yang memandangnya dari sudut negative, ia sebenarnya sebahagian dari proses kematangan normal. Semua orang akan melalui detik perubahan emosi dalam hidup. Namun bagaimana anda menangani perubahan itu yang akan mempengaruhi hidup.  Ada lelaki yang berjaya mengharunginya dengan baik. Bagaimanapun, tidak dinafikan bagi sesetengah lelaki, krisis pertengahan usia sangat merumitkan hingga membawa kepada tekanan perasaan atau mungkin perceraian.

Pakar Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Muhamad Muhsin Ahmad Zahari, berkata jika wanita mengalami putus haid, lelaki pula kerap tersepit dalam permasalahan di usia pertengahan.Ada penyelidik yang melihatnya sebagai andropaus, namun bagi Dr Muhsin ia sebenarnya lebih kepada keupayaan seseorang lelaki itu untuk menangani masalah yang dihadapinya. “Perkara paling asas ialah menjaga pemakanan dan bersenam, selain berada dalam persekitaran yang positif,” katanya.
Kata DR Mushin, lelaki dengan emosi yang tidak stabil mula berfikiran negatif, membandingkan dirinya dengan rakan, sekaligus memberi tekanan dan mula berasakan kehidupannya akan berakhir tanpa sebarang pencapaian. Keadaan ini diburukkan lagi dengan perubahan hormone yang mempengaruhi bukan saja fizikal tetapi keinginan seksual dan dihimpit permasalahan peribadi dengan pasangan.

“Horon testosterone bukan saja mempengaruhi keinginan seksual, tetapi apabila parasnya menurun ia juga menjejaskan pemikiran dan tubuh badan” katanya.

Dr Muhsin berkata, krisis pertengahan umur di kalangan lelaki juga boleh dilihat pada perubahan fisiologi. Menghampiri usia 40 tahun hormon testosteron menyebabkan perubahan fizikal yang boleh dilihat, antaranya jika dulu tegap tetapi sekarang sudah gemuk dan buncit. Fungsi seksual juga berkurangan sekali gus mempengaruhi sosiologi.

Perubahan biologi dilalui oleh semua orang lelaki dan wanita tetapi perubahan itu tidak sama. Ia berkait dengan isu paling asas, menjaga pemakanan dan mengawal berat badan dan berada dalam suasana persekitaran yang kondusif.

Ada kala tekanan perasaan pada pekerjaan ditambah dengan masalah kesihatan akan menyebabkan lelaki hilang kawalan dalam hidupnya. Ada juga lelaki yang berkeinginan memulakan hubungan baru kerana melihat kehidupan sosialnya yang semakin stabil dan anak-anak juga sudah meningkat dewasa.

Dr Muhsin berkata, lelaki yang berdepan dengan krisis pertengahan umur kerap tidak menyedari masalah sebenar. Isteri atau ahli keluarga yang rapat boleh membantunya. Perubahan sikap dan mood boleh memberi petunjuk masalah sebenar dialami.

Jika ia dikaitkan dengan masalah andropaus, ia perlu dirujuk kepada doktor. Mengambil terapi gantian hormon antara rawatan yang ditawarkan perubatan Barat. Namun, keupayaan mengawal diri, bersenam dan menjaga kesihatan adalah antara langkah paling asas dan utama.

INFO : Simptom lelaki mengalami krisis pertengahan usia

  • Berasakan tidak bahagia dengan hidupnya atau gaya hidupnya

  • Bosan dengan mereka yang berada di sekelilingi dan bidang yang dulu menarik minatnya.

  • Mempersoalkan pilihan yang tidak dibuat dalam hidup dan mengapa mereka tidak memilih sebaliknya.

  • Marah pada pasangan dan rasa terikat dengannya.

  • Tidak berupaya membuat keputusan hala tuju hidup mereka.

  • Keinginan menjalin perhubungan baru. (Ramai Lelaki usia ini menyalah tafsirkan keinginan ini dengan mula mencari alasan untuk berkahwin dgn anak dara. Yang lebih parah bila memilih anak dara seusia anak sulongnya atau perbezaan umur melebihi 10 tahun atau 15 tahun ke atas).


Tuesday, 17 January 2012

AUDIT DARI SIRIM...

Hari ini 18 hb Januari 2012, ada audit dr Sirim datang opis aku untuk pensijilan semula ISO....nk audit tu seharian aje...tp persiapan yang kena buat dah berbulan-bulan lamanya....
Aku ditugaskan untuk handle bahagian latihan....kena update fail-fail latihan staf kat opis aku nie...tp last2 minit kena tukar borang....guna borang lain....Boss aku ('makcik') plak lepas tangan sbb katanya dia dah nak pindah ke KL....tp dia ada mintak tangguh sampai ujung bln nie...sepatutnya dia masih staf kat sinilah kan....
Aku org bawahan saja...ikut ajelah arahan yang diberi tapi membebel juga aku....akhirnya hari nie hari audit....selamat beraudit untuk aku nanti....Jom layan gambar-gambar masa aduit tu...:-)



 
Banner Audit SIRIM

My Big Bos (Bhg Koporat JKR Pahang)  dgn Auditor
Taklimat dulu sebelum diaudit....
Auditor
Senyum selepas selesai audit
 Aku....:-)
 Aku...:-)
 Dato' Pengarah JKR Pahang dgn Auditor
Dato Pengarah JKR Pahang dgn Auditor



Tuesday, 10 January 2012

SELAMAT BERTEMU....

Dah lama x berupdate blog aku nie...bzy .....hari tu bercuti 10 hari kat kampung..lps tu bercuti utk Final Exam...huhuhu....tinggal lg satu paper aje lg utk sem nie...ada lg dua sem nk hbskan....masuk keje hr nie 10/1/2011....byk plak keje yg nak kena selesaikan...huhuhu....