KLICK DI SINI KALAU ANDA BLOGGER

Sunday, 29 January 2012

ASAM LAKSA/LAKSA UTARA

Resipi ini di ambil dr AZLITA AZIZ blog Masam Manis (fromintankitchen.blogspot.com)

Thanks sbb sharing...alhmdulilah...jadi..:-)


BAHAN-BAHANYA

1 bungkus laksa - direbus
1 kg ikan kembung - disiang dan dicuci bersih
5 biji cili merah - dibuang biji dan dikisar
15 biji cili kering - dikisar
2 cm belacan - dikisar
5 ulas bawang merah - dikisar
5 keping asam gelugur
1 batang bunga kantan
1 tangkai daun kesum
garam secukup rasa

BAHAN ULAM-ULAMAN

1/2 biji nenas diracik halus
1 pokok salad dimayang halus
1 biji timun dihiris halus
limau nipis
1 labu bawang besar dihiris halus
cili padi di potong kecil-kecil
1 ikat daun selum
1 batang bunga kantan
3 biji telur rebus

CARA-CARA MEMBUATNYA

1. Rebus ikan dan ambik isinya. Isi ikan tadi dihancurkan kasar-kasar sahaja. Ambil tulang ikan bersama air rebusan ikan tadi dan kisar halus. Kemudian ianya ditapis untuk diambil airnya sahaja. Air itu digunkana untuk diksar bersama-sama dengan bahan kisar.
2.Masukkan air rebusan ikan dan isi ikan ke dalam periuk. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar, asam gelugur dan daun kesum.
3. Masak atau rebus bahan ini hingga kuah mendidih.Masukkan garam secukup rasa.
4. Biar sehingga kuah merenih dan bolehlah dihidangkan bersama-sama bahan-bahan ulam-ulaman...


Alhamdulilah hubby dengan anak-anak makan banyak juga hari tu...memjadi...terbaik..:-)

8 comments:

  1. Sedapnya.... tiba-tiba teringin jugak nak buat laksa......

    ReplyDelete
  2. saya tak reti masak laksa tapi nak cuba jugak satu hari nanti

    ReplyDelete
  3. Ida....jomlah buat laksa...
    Mama Amana...thanks sudi singgah...nanti blhlah tgk resipi nie bila nak buat laksa nanti...hehehehe:-)

    ReplyDelete
  4. hang merapu sangat la sampai nak ambik resepi laksa. bukan ka hang dah terror. tak mau mengaku la tu

    ReplyDelete
  5. sedapnya..kita pun suka mkn laksa utara ni..

    salam perkenalan dari http://www.kasihsalina.com/

    tq sudi follow kita ye..

    ReplyDelete
  6. Nor Baizura:hahahaha..tak terror pun..aku dh lupa nk buat mcm mana maklumlah dulu tau makan aje,,,
    Salina:laksa utara mmg terbaik..:-)

    ReplyDelete
  7. Alamak sedapnyaaaa laksa. Huhuhuhu. Kena tunggu lagi 5-6 bulan baru boleh makan. Si kecik baru nak masuk 8 bulan. Fuh bertahan bertahan...

    ReplyDelete
  8. Mama Tuah Melaty..Kak ina pun bru aje dpt makan setelah setahun berpantang x dpt makan laksa nie...sabar yek akan tiba masanya nanti..hehehehe...:-)

    ReplyDelete