KLICK DI SINI KALAU ANDA BLOGGER

Monday, 27 February 2012

SILALAH BACA..KENAIKAN GAJI RM700-RM2500 TAHUN 2012

KENAIKAN GAJI RM700-RM2,500 BAGI GRED 1 HINGGA FRED 54 Baru-baru ini, Cuepacs dan JPA telah berbincang dan menangguhkan SBPA bagi menilai semula insentif kepada kakitangan lain. Terkini, Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Tuntutan Kenaikan Gaji
Gred 1 hingga Gred 16 (RM700)
Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000)
Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500)
Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800)
Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500)

"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs di mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA di Putrajaya hari ini.

Tangga Gaji Maksimum/Mati
Omar turut mencadangkan agar mereka yang berada di tangga gaji tahap maksimum atau pada tangga gaji mati perlu dibayar tunggakan kenaikan tahunan selama mana mereka tidak menikmati sebarang kenaikan selain perlu dinaikkan gred.

"Misalnya bagi mereka yang sudah terhenti kenaikan gaji sejak lima tahun lepas, sekiranya kenaikan setahun mereka ialah RM100 jadi perlu dibayar tunggakan sebanyak RM500," katanya.

Selain itu, Cuepacs turut menuntut mereka yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan pada Aras 4 sebelum Disember 2011 perlu diberi kenaikan gaji.

SBPA Tidak Adil
"Banyak aduan yang diterima apabila SBPA diperkenalkan mereka yang sudah lulus Aras 4 tidak diberi kenaikan gaji.

"Ini tidak adil kerana bukan mudah untuk mendapat lulus Aras 4, terpaksa berkorban baca buku siang malam tapi bila dah lulus tidak dinaikkan gaji, sia-sia sahajalah usaha mereka," katanya.

Omar berkata tuntutan Cuepacs itu dirasakan sesuai memandangkan mereka yang di kedudukan atas daripada Gred 54 telahpun menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA.

Menuntut Kesaksamaan Jurang Antara Pegawai Rendah Dan Atasan
"Kalau betul kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang antara pegawai rendah dengan atasan maka tuntutan itu adalah dirasakan wajar, apa yang Cuepacs lakukan ialah untuk menuntut kesaksamaan," katanya.

Beliau berkata terpulang kepada pasukan petugas SBPA untuk menilainya dan jika merasakan tuntutan itu melibatkan kos yang tinggi, Cuepacs mencadangkan gaji kumpulan yang menikmati kenaikan tinggi dalam SBPA dikurangkan dan disalurkan kepada gred bawahan.

"Jika tidak boleh juga...apa yang terkandung dalam SPBA sekarang perlu ditukar keseluruhannya dan digantikan dengan terma-terma yang baru," katanya.sumber

3 comments:

  1. aida tak rasa cadangan cuepacs ni diterima la. sebab ia bakal menelan belanja yg amat tinggi utk k'jaan. lelebih lagi di zaman kemelesetan ekonomi ni. kami kat kastam ni, kutip hasil, tau ler betapa tak byk nyer hasil negara. boleh jangka ada ke tak bonus. patut nyer, kenaikan melampau peringkat jusa tu yg kena direvised oleh panel sbpa. nape diorang tu melampau sgt byk gaji bila sbpa? pendapat aida la. if diterima la cadangan cuepacs ni, personally bersyukur but dari segi ekonomi negara, bakal teruk...

    nota kaki : da singgah blog aida lom ari ni? ~ AIDA'S HOME SWEET HOME ~

    ReplyDelete
  2. Bertuahlah kalau gaji dinaikkan hingga 700 bagi gred 17 emmm ... mungkin lam mimpi je lahh huk huk

    ReplyDelete
  3. HARAP2 ADE laa berita gembira.....kalo tak rase malas jek nak balik mengundi ekekekekekeek

    ReplyDelete